:: Selamat Datang Ke Laman Web Pejabat MARA Indonesia ::
|
 
 

 



::
-----------------------------
::
Penghantaran Keputusan Peperiksaan Semester Genap (Februari-Ogos) Tahun 2009
-----------------------------
::

Pengemaskinian Maklumat Dan Data Pelajar-Pelajar Tajaan MARA

[ Borang Maklumat Peribadi Pelajar ]

[Surat Keterangan Tidak Bekerja ]

   
 

Pejabat MARA Indonesia
Kedutaan Besar Malaysia
Jl. HR Rasuna Said, KAV. X/6
No. 1-6 Kuningan,
Jakarta Selatan 12950

No. Tel : (021) 52920608,
Fax : (021) 52920609

Waktu Pejabat :
Isnin hingga Jumaat :
0800 – 16.00
 
 


SALINAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

  1. Pelajar-pelajar tajaan MARA dikehendaki menghantar salinan keputusan peperiksaan yang telah disahkan Fakultas setiap semester (sebaik sahaja keputusan diterima) ke Pejabat MARA Indonesia . Kegagalan menghantar keputusan peperiksaan boleh menyebabkan Yuran Pengajian pelajar terbabit tidak dibayar oleh MARA. Salinan boleh dikirim melalui pos atau melalui email kakitangan Pejabat MARA Indonesia.

TAMAT PENGAJIAN

  1. Pelajar diminta memaklumkan kepada Pejabat MARA Indonesia apabila telah  tamat pengajian ( telah wisuda )sebelum pulang ke Malaysia. Pelajar juga diwajibkan memaklumkan ke Bahagian Penganjuran Pelajaran , Tingkat 3, Bangunan MARA , Kuala Lumpur setelah pulang ke Malaysia.

TIKET KAPALTERBANG ( TAMAT PENGAJIAN )

  1. Pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian boleh membuat tuntutan bayaran balik tiket kapalterbang yang telah dibeli ke Pejabat MARA Indonesia  atau di Bahagian Penganjuran Pelajaran , Tingkat 3, Bangunan MARA, Kuala Lumpur.

Borang boleh dimuaturun dari Laman ini.

ELAUN AKHIR PENGAJIAN

  1. Pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian boleh menuntut Elaun Akhir Pengajian pada semester terakhir pengajian dengan menyertakan surat asal pengesahan tamat pengajian daripada Universiti masing-masing.

PERPANJANGAN KITTAS

  1. Pelajar diingatkan untuk memperbaharui KITTAS selewat-lewatnya 4 bulan sebelum tempuh tamat bagi memastikan proses memperbaharui KITTAS berjalan lancar.
    Carta Kittas

SURAT BEBAS FISKAL ( SBF)

  1. Pelajar yang ingin pulang ke Malaysia ( bercuti ) perlu mendapatkan SBF di Kantor Pajak ( Pejabat Cukai )yang berhampiran . SBF ini perlu diurus sendiri. Tanpa SBF pelajar akan dikenakan bayaran fiscal Rp. 1,000,000 di lapangan terbang.

 

PERMIT “ EXIT & RE ENTRY”

  1. Disamping SBF pelajar yang ingin pulang ke Malaysia juga perlu mendapatkan permit “ exit & reentry”. Permohonan perlu diuruskan sendiri di Kantor Imigrasi yang berhampiran. Bayaran permit ialah sebanyak Rp. 200,000

KEMUDAHAN INSURAN KESIHATAN

  1. Pelajar –pelajar yang memerlukan rawatan kesihatan samada rawat jalan atau rawat inap dinasihatkan mendapatkan rawatan di panel rumah sakit Takaful ( rujuk senarai panel RS) dengan mengemukakan Kartu Insuran Medicare yang telah diedarkan kepada pelajar-pelajar.
  2. Maklumkan pihak Takaful atau Pejabat MARA Indonesia sekiranya kartu insuran telah tamat tempuh atau pelajar menghadapi masalah semasa mendaftar di RS yang berkaitan.
  3. Pelajar boleh menghubungi terus Pegawai Takaful sekiranya pelajar mempunyai masalah ketika berurusan dengan pihak Rumah Sakit.
  4. Bagi pelajar yang mendapat rawatan di Hospital-hospital di Malaysia semasa pulang bercuti atau kerana cuti sakit,  pelajar boleh membuat tuntutan bagi perbelanjaan rawatan yang telah dikeluarkan ke Takaful Asuransi sebaik sahaja kembali ke Indonesia. Tuntutan perlu disertakan dengan resit bayaran asal dan tertakluk kepada syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan. Sila berhubung terus dengan Pegawai Takaful di no telefon dan alamat yang dinyatakan di laman ini.

    Pertanyaan Mengenai Kemudahan Insuran Untuk Pelajar. Pelajar-pelajar dinasihatkan menghubungi pihak insuran sebelum mendapatkan rawatan bagi memastikan penyakit / rawatan yang diterima termasuk dalam perlindungan insuran dan bagi mengelakan kos rawatan tidak dibayar syarikat insuran dan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar.

    Pertanyaan mengenai penyakit yang termasuk dalam perlindungan Asuransi Takaful
    dr. Roswita Dianawati : email : wita@takaful.co
    HP : 0818907019

    Pertanyaan mengenai tuntutan asuransi dan lain -lain

    Ibu Mimi Ekamanah, email : mimi@takaful.com
    HP : 08158948354

PERMOHONAN PENYAMBUNGAN TEMPOH PINJAMAN ( PERPANJANGAN )

  1. Pelajar-pelajar yang terpaksa memanjangkan tempoh pengajian dinasihatkan membuat permohonan perpanjangan dengan mengunakan borang yang disediakan selewat-lewatnya 3 bulan sebelum tamat tempuh tajaan.
  2. Permohonan perpanjangan perlu dihantar ke Pejabat MARA Indonesia dengan menyertakan salinan dokumen-dokumen yang berkaitan yang telah disahkan oleh Fakultas.
  3. Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak MARA.

PERMOHONAN PINJAMAN KOMPUTER ( UNTUK PELAJAR DIBAWAH SKIM PELAJAR CEMERLANG SAHAJA )

  1. Pelajar membuat permohonan kepada Bhg. Penganjuran Pelajaran MARA Kuala Lumpur atau melalui Pejabat MARA Indonesia menggunakan Borang Permohonan Pinjaman Komputer.
  2. Permohonan mestilah disertakan dengan sebutharga Pembekal
  3. Dokumen-dokumen berikut mesti dikembalikan oleh pelajar ke Pejabat MARA Indonesia dalam tempoh 2 bulan selepas menerima
  4. Surat Akuan Pembelian
  5. Salinan Invois
  6. Salinan Resit Pembelian
  7. Salinan Delivery Order
  8. Pinjaman ini hanya diberikan sekali sahaja sepanjang tempuh pengajian dan had maksima adalah RM 5,000 sahaja.

JABATAN PENUNTUT MALAYSIA (INDONESIA )
Lantai 2, Kedutaan Besar Malaysia
Jl. H.R. Rasuna Said, Kav. X / 6, No. 1 -3
Kuningan, Jakarta Selatan 12950
Tel : (021) 5224947 Fax : (021) 5224958

PENGURUSAN JPMI

1. DR. JUNAIDI ABU BAKAR Menteri Penasihat ( Pendidikan )
No. H/P:081808811111
2. EN. ROSLI BIN SAKIMIN Pegawai Kebajikan Pelajar
No. H/P : 081808822222
3. EN. ELIAS BIN JAFARY Warden Wisma Malaysia
No. H/P : 081808833333

KONSULAT JENERAL MALAYSIA, MEDAN
Jl. Pangeran Diponegoro, No. 43
Medan 20152, Sumatera Utara
Tel : 62-61- 4531342 / 4535271 / 4523992
Fax: 62-61- 4534681
Emel: malmedan@kln.gov.my
Nama Konsul: En Fauzi Bin Omar

KONSULAT MALAYSIA PEKAN BARU
Jl. Pangeran Diponegoro, No. 59
Pekan Baru
Tel : (62-761) 23143
Fax: (62-761) 23143
Nama Konsul: En Mohamad Nasri Bin Abdul Rahman

KONSULAT MALAYSIA PONTIANAK
Jln Sultan Syahrir No.21
Pontianak 78116
Kalimantan Barat
Indonesia
Tel : (62-561) 732986 / 736061
Fax: (62-561) 736060
Nama Konsul: En Mohd Zairi Bin Mohd Basri

KONSULAT KEHORMAT MAKASSAR
Jln Lasinrang No.15
Makassar Selatan
Indonesia
Tel : (0411) 6073111
Fax: (0411) 326586
Nama Konsul Kehormat: Bapak Halim Kalla

KONSULAT KEHORMAT BALI
Alam Kul Kul Boutique Resort
Jl. Pantai Kuta, Legian , Bali
Tel : 62361752921 / 62361752619
Fax : 62361753921  / 62361752619


 

 
 
Paparan Terbaik menggunakan Microsoft Internet Explorer 5++ ke atas dengan resolusi skrin 1024x768
Hakcipta Terpelihara@ 2008 Majlis Amanah Rakyat